Mesin penghancur baru ku beli

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya sudah lama aku tidak membuat catatan di dalam blog ini. Hampir 1 bulan.Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman dan idea untuk kita teruskan dalam bidang penternakan cacing yang semakin mencabar dan terus tercabar.
aku baru sahaja membeli mesin penghancur tahi kambing pada harga RM1200.00. tawar punya tawar dapatlah RM1050.00. pulak tu penghantaran percuma. Kalau tidak kena lagi aku RM30.00 untuk kos penghantaran. Tapi dengan adanya mesin hasilnya memang berbaloi. 1 hari kerja tahi kambing yang telah dikeringkan boleh diproses sehingga 60kg hingga 70 kg.
Jika dibandingkan dulu, aku cuma menggunakan cara manual. Kami lenyek pakai batu bata. Sengal sendi-sendi tangan. Tapi tak apa. Pengalaman baru yang kami rasa. Kalau nak beli makanan cacing yang telah diproses harganya memang tinggi. Antara RM1.00 - RM1.50. aku kira aku beli mesin memang berbaloi.
Pulak tu tahi kambing memang dah ada kat belakang rumah. Dekat jer dengan bangsal cacing aku. Tinggal nak dikaut saja. Kalau sesiapa yang dah pergi, belakang rumah pusaka peninggalan arwah kedua ibu bapa kami memang telah berubah wajah. kalau dulu semak. Tapi sekarang dah berubah cuma rumput ada tinggi sikit sebab nak bagi kambing ragut tiap-tiap petang.
Kami mulakan ternak cacing dengan 4kg jer. Tapi sekarang dah jadi 14kg. Mungkin bertambah lagi dalam masa 2/3 minggu ini. Manakala baja vermikompos pula kini terkumpul melebih 300kg. Aku rasa seronok. Abang-abang aku lagi seronok. Sebab tidak lama lagi mereka akan memperoleh hasil. Pelawat jangan cerita ler, memang ramai. Yang rasmi dan yang tak rasmi pun ada. Ada yang pelik, kenapa cacing pun nak diternak. Mereka tak tahu cacing boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. WOW!
Bukan aku nak puji, Abang-abang aku memang komited dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan. Mereka tak jemu-jemu bermain dengan cacing dan tahi kambing. Tapi apa yang nak di gelikan..Semua itu adalah DUIT....Aku hanya tumpang berbangga. Sebab ini adalah projek adik beradik.

Lain kali aku nak carita tentang hidup berpasangan.Lelaki pasangan perempuan, laut pasangannya daratan, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya adalah bulan. Apakah pasangan bagi CACING...? Indahnya ciptaan yang Maha Esa........

dicatat pada 12.20 am