VERMIKOMPOS TINGKAT KESUBURAN TANAH

Sumber : Jabatan Pertanian



Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman.

--------------------------------------------------------------------------------



VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.

Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Cara membuat vermikompos

a. Bahan-bahan

i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.

ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)

iii. Cacing merah (cacing kompos)

b. Cara membuat

i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.

ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.

iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.

v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.

vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.

Pengutipan hasil

Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.

Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

i. Memperbaiki struktur tanah

ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.

iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.

vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

MUSIM TENGKUJUH

Sambil-sambil membelek blog tiba-tiba aku teringat sekarang kita sedang berada dalam musim tengkujuh. Ingat tu. Musim tengkujuh. Memang ramai yang tak suka musim ini. Tapi ada juga suka dengan musim ini.

Yang paling suka pengantin baru, yang paling tak suka nelayan, penoreh, peniaga air batu, peniaga pasar malam. Tapi peniaga pisang goreng memang minat dengan suasana sebegini. Aku ingat, pernah satu ketika dulu aku menjual pisang goreng. Memang ramai orang membeli pisang goreng... pehh... beratur panjang. walaupun mereka berpayung atau berbaju hujan. Eee... basah kuyup...

Aku sebagai peniaga memang suka.Masa inilah buat duit.Duiiiiit.... Memang betul dengan bidalan orang dulu-dulu. Macam Pisang Goreng Panas...Musim sejuk. pisang goreng panas. Kena pulak kopi O. Pehhhh....

Selain itu yang paling tak suka musim ini adalah kambing. ahhhh.... badang aku tentu mengembek sepanjang hari kerana tak dapat keluar kandang. Tak dapat nak berlari ke sana kemari.. Kepada penternak kambing seperti aku, aku nasihatkan supaya tidak mengeluarkan kambing dari kandang kerana mudah dijangkiti penyakit atau kecacingan.

Tapi kesian tengok badang aku... dia dah tunjukkan kejantanannya sebanyak dua kali pusingan.. tahniah badang. Tapi tak tau ler musim sejuk. Adakah badang aktif untuk itu. kita tunggguuuuuu.

Yahoo.... Cuti panjang



Merdeka... merdeka.... seronoknya bila tiba cuti sekolah.

Esok cuti persekolahan akhir tahun akan bermula. Semua murid tentu gembira menanti detik ini. Tidak perlu pengumuman atau berita tentang cuti itu. Memang telah tercatat di kotak fikiran mereka tentang cuti yang panjang berjela tu. Saat inilah yang mereka nanti-nantikan.
Bagi anak-anak yang akan bercuti saya nasihatkan agar menggunakan masa cuti panjang ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Tambahan pula sekarang musim tengkujuh. Anak-anak dinasihatkan supaya tidak bermain di anak-anak sungai, parit atau longkang. Kuarangkan aktiviti-aktiviti air. Apabila minum, minum air yang masak sahaja. Ingat tu.
Apa kata, masa cuti sekolah ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Inilah peluang untuk anak-anak membantu ibu bapa di rumah. Mungkin masa sekolah dulu anak-anak tiada masa untuk melakukan itu semua kerana sibuk menelaah pelajaran. Kini masa telah tiba. Jom kita tolong mereka pula....

ANAK BUAH
Hemmm... apa khabar anak-anak buah aku di kampung. Tentu mereka seronok cuti panjang ini. Inilah peluang mereka menambah pendapatan. Asingkan baja dengan cacing pun boleh mendatangkan duit. Walaupun tak seberapa tapi cukup untuk disimpan buat persediaan buka sekolah pada penggal baru nanti. Seronok mereka memang tidak terperi. Saat inilah yang mereka nanti-nantikan. Tolong pak lang, pak anjang atau pak cik.. pun dapat duit.Fuh yooo.... duit...duit...duit.
Tulah, kata ada faedahnya juga kalau kita ada projek. Semua mendapat faedah dengan projek ini. Tambahan pula ternakan cacing muar semakin giat dengan promosinya. Memang lumayan. Sekarang nak cerita pun susah, sebab kadang kala baja tak cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah muar sahaja. Tahniah abang-bang ku.