RESIPI AIR KATIRA

Apabila tiba bulan ramadhan, Aku pasti teringat air kathirah atau kathira atau katira. Walaupun ejaannya berbeza, sebutannya tetap serupa.Rasanya memang sedap.Ada pula penjual air ini membuat penambahbaikkan dengan membubuh aiskrim soda. Tapi hati-hati apabila anda berpuasa.

Peliknya air katira hanya ada di negeri johor sahaja selain singapura.Malah akan menjadi rebutan di kalangan penduduk di negeri Johor apabila tibanya bulan puasa.Jika anda pergi ke bazar ramadhan di mana-mana daerah di negeri johor pasti anda akan menjumpai air hijau ini. Jom, kita sama-sama cuba membuat air katira.

AIR KHATIRA


Bahan-bahan

½ cawan khatira
½ cawan biji selasih
10 biji kembang semangkuk
1 tin susu cair
6 – 8 c2 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan awan air masak

Cara untuk Bahan Sirap
1. Campurkan gula, air dan daun pandan dan masak sehingg gula larut. Ketepikan. Boleh juga kita buat sirap gula ini terlebih dahulu.

Cara untuk membuat Air Khatira
1. Untuk Khatira – direndam semalaman dan dibuang segala kotoran dan dibilas beberapa kali dengan air bersih dan dituskan.
2. Untuk Kembang Semangkuk – direndam semalaman, buang biji dan segala kotoran dan kulitnya. Ambil isinya dan bilas dengan air bersih beberapa kali dan ditoskan. Ketepikan
3. Untuk Biji Selasih – direndam didalam air panas sehingga ia kembang dan toskan.
4. Masukkan khatira, isi kembang semangkuk dan biji selasih kedalam jug. Tuangkan susu cair dan sirap gula yang telah disediakan. Masukkan air masak. Dikacau rata.
5. Akhir sekali masukkan beberapa ketulan air batu(jika perlu)

Jika anda ingin buat Air Khatira berwarna hijau, titikkan sedikit pewarna hijau dan boleh anda campurkan isi buah avocado kedalamnya. Untuk Air Khatira Bandung, boleh and gunakan Sirap Rose dan susu cair sama seperti kita buat Air Bandung.

Anda boleh mendapatkan khatira di kedai orang India, ia juga dikenali dengan nama Karaya Gum. Kembang Semangkuk ada dijual di kedai sinseh.


Selamat Mencuba.