Sekadar Catatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jumpa lagi di laman blog ini.. kali ini aku hanya hendak bercerita bagaimana kami boleh memulakan ternakan kambing dan cacing. Manakala ternakan cacing merupakan antara yang baru di daerah Muar telah kami ceburi dengan berani. Aku memang tidak menyangka aku dan abang-abangku akan menjadi penggembala kambing dan penternak cacing yang boleh menghasilkan vermikompos. Kadang-kadang terasa lucu tapi rasa gementar pun tetap ada. Aku telah memberanikan diri dan mengeluarkan modal yang bukan sedikit. Sehingga kini aku telah membelanjakan hampir RM30,000.00.

Siapa sangka, aku sekarang sebagai pendidik, abangku, Jamal pula bekas wartawan utusan yang pernah bertugas sebagai ketua negeri Utusan Malaysia di Sarawak sekitar tahun 90an. Manakala tiga lagi abangku Sarom, Sahar, Suif pula sebagai peniaga kecil-kecilan di daerah ini. Dan satu lagi abangku Ghani yang bertanggungjawab sebagai 'perantaraan' dan paling cepat bertindak dalam apa-apa urusan pula masih sebagai anggota kerajaan beruniform di daerah yang sedang membangun Tangkak.

Kami sepakat. Setelah kepergian ibu kami yang kami sayangi, maka tidak ada lagi tempat mengadu. Selalunya arwah ibuku lah yang menjadi penyatu dan lambang perpaduan kami. Rumah pusaka itulah tempat kami berkumpul semasa arwah ibu ku masih ada. Tapi setelah kepergiannya maka kami berbincang untuk memanfaatkan tanah pusaka yang tidak seberapa besarnya itu yang ditinggal oleh kedua ibu bapa kami.

Walaupun kami sudah besar panjang, tapi kami cuba mencari jalan untuk menyatukan keluarga dengan cara ini... Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua ibu bapa kami dan memohon keberkatan-Nya kerana telah menggunakan tanah pusaka turun-temurun dan kami akan menghadiahkan pahala yang kami perolehi dari usaha murni ini kepada Allahyarham Iman bin Daim dan Allahyarhamah Hajjah Nafsiah bt Ahmad. AL FATIHAH.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.Amin.

mjazidiman
prt unas,muar.

2 comment(s):

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana nko hargai tanah pusaka untuk buat ternakan cacing.Setahu aku, di daerah muar belum meluas lagi projek ni. macam mana ek?

Tanpa Nama berkata...

Selalunya aku dengar cerita, projek adik beradik selalunya tak menjadi. Yang ni macam mana ya?Projek ternakan cacing muar ni kat mana? boleh saya tau...

man,
Batu Pahat

Catat Ulasan