CACING TANAH DAN PERANANNYA KEPADA PETANI

Cacing merupakan kumpulan invertebrata yang bertubuh lembut, licin dan panjang namun tidak mempunyai tulang. Cacing tersebar hampir di seluruh dunia. meskipun sebahagian besar cacing hidup sebagai parasit dalam tubuh organisma lain, namun beberapa kumpulan cacing seperti cacing tanah(jenis Pheretima), cacing palolo(eunice viridis) dan beberapa jenis cacing yang lain berguna sebagai penyubur tanah, bahan makanan sumber protein, dan ubat.

Selain itu cacing tanah yang berbentuk silinder atau bulat panjang memudahkannya untuk masuk ke dalam tanah. Sifat cacing tanah yang menyuburkan tanah secara menelan tanah bersama-sama bahan organik di dalamnya dan menggemburkan tanah serta mencampurkan baja dengan ruangan udara di dalam tanah.

Telah dianggarkan bahawa lebih 40 000 ekor cacing tanah boleh didapati di dalam sebidang tanah seluas 1 ekar dan setebal 2.5 cm boleh dibawa oleh cacing tersebut dari bawah tanah ke permukaan tanah yang hanya mengambil masa 4 tahun setengah.

Begitu pun bahan buangan ini terdiri daripada campuran bahan organik yang menjadi nutrien yang berkualiti tinggi bagi tumbuhan. Tambahan pula terowong ciptaan cacing tanah di dalam bumi ialah suatu sistem pengudaraan untuk tumbuhan dan lain-lain makhluk yang hidup di permukaan bumi ini.

Maka ada persamaan teori orang tua-tua dahulu bahawa jika ada cacing di tanah perkebunan kita maka tanah berkenaan sangat sesuai untuk bercucuk tanam. Cacing tanah sangat besar peranannya dalam bidang pertanian sejak dahulu. selian dari tugas menggemburkan tanah, ia juga berfungsi menghasilkan baja organik tulen yang mempu memberikan kesuburan tanah secara semulajadi.

Allah berfirman dengan maksudnya,
".......binatang melata yang bertaburan (di muka bumi.)"
(Q45:4)

Maka, antara haiwan yang "melata" ini termasuklah cacing tanah. Kita tahu cacing tanah sangat penting kepada bumi. Allah ciptakan cacing tersebut untuk menyuburkan tanah kerana menelan tanah dan bahan organik yang tereput di dalamnya menjadikan makanan cacing tanah berkenaan. Lalu melonggokkan najisnya di permukaan tanah untuk dijadikan sebagai baja.

Selain itu, seorang saintis ekologi Inggeris Charles Darwin, yang mencatatkan dalam bukunya The Formation of Vegetables Mould Through the Action of Worms(1881), Katanya,

"The plough is one of the most ancient and most valueble of man's invention,
but long before the land was, in fact, regularly plowed by earthworms."

Hanya di negara kita yang masih takut-takut untuk menggunakan baja cacing tanah yang terbukti sejak dulu akan peri pentingnya baja cacing tanah untuk memberikan kesuburan tanah dan tumbuhan di atasnya. Istimewanya baja cacing tanah atau vermikompos bukan sahaja menyuburkan pokok tetapi juga mengekalkan kesuburan tanah dengan cara semula jadi.

Petani yang begitu yakin akan penggunaan baja kimia hanya akan memberikan sumbangan yang besar untuk merosakkan tanah dalam jangka masa panjang ditambah menguncupkan ekonomi petani kerana harga yang semakin hari semakin meningkat. Selain itu, baja kimia telah terbukti akan memberikan kesan sampingan kepada pengguna dari segi kesihatan.

Nah, Apa lagi yang masih ditunggu oleh petani-petani negara kita yang masih berada di takuk lama dan tidak mahu beralih kepada baja vermikompos atau baja cacing. Berubahlah dari sekarang. Para penternak cacing diucapkan syabas dan tahniah...
LAWAN TETAP LAWAN


Sumber ; i. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam Al Quran
ii. Ensiklopedia Pendidikan Sains untuk Pelajar

1 comment(s):

Tanpa Nama berkata...

selamat pagi cikgu.

ari-ari aku dengar perkataan tu. dari kwan-kwan aku, semua sekali la. hehehe.. cikgu sains pertanian nie susah gak sebab kita sekarang mengejar teknologi yang pantas berkembang. mendidik pula lg susah, apa yang ilmu cikgu ada mesti di sampaikan kepada anak murid. pedagogi niesusah gak. softskill la, penggunaan ICT dlm pendidikan semuanya selari untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan seimbang. Kwn-kwn cikgu aku yang lain kata, aku nie garang, muka garang sangat, nanti pelajar takut, tak per aku tengah nak berusaha jd yg terbaik,
memajukan pertanian untuk negara. mana la tahu nanti suatu hari nanti apa ilmu yang di bagi kat anak murid aku nanti leh uat sampai dia menguasai ekonomi dunia. aku bkn tak nak berbisness nie. tp........ nanti dulu la
kongsi ilmu dulu, tambah ilmu lagi. aku sentiasa doakan murid-murid aku yang mengambil subjek sains pertanian nie terus maju dan menjadi usahawan berjaya. utk pak cik-pak cik aku yang tengah berusaha keras menjadi usahawan tani usaha mu murni dan moga kalian turut dapat menyumbang dan dapat menjadi tempat rujukan semua pelajar nanti. wasalam....

Catat Ulasan