KOPI "POI" KELUARAN KOPI BUMIPUTERA

Kali ini aku nak menulis tentang lain dari kisah cacing. Beberapa minggu lalu aku diziarahi oleh anak-anak saudara aku. Biasa ler.. orang tua. masa sekarang sering dilawati oleh anak-anak buah. Saiful dan azmi adalah anak kepada abang ku yang ke empat.Masing-masing dah besar panjang,dan telah mempunyai seorang anak.

Kami bercerita panjang tentang kehidupan seharian. Makin hari makin tertekan dengan bebanan kerja yang bertambah. Tambahan pula keadaan ekonomi yang gawat ketika ini. Lebih banyak cerita yang tertumpu kepada keadaan ekonomi poket masing-masing. Walaupun gaji mereka mencecah RM2500.00 sebulan namun dengan hidup di kota metropolitan memang sering kekeringan pada hujung bulan.

Tapi syukur kata mereka. Isteri mereka memahami keadaan tersebut dan sering membantu perbelanjaan di dapur. Mungkin itu yang meringankan beban mereka. Aku faham keadaan mereka. Memang sukar untuk diterjemahkan dalam perkataan.

Yang aku hormati pendirian mereka, mereka tidak pernah mengalah dengan kepayahan itu kerana mereka telah lalui semua semasa hidup membujang dulu. Tegas dan cekal aku nampak pendirian itu.

Untuk mencari wang tambahan, kini mereka dua bersaudara telah menjadi pengedar kopi keluaran bumiputera dari Batu Pahat Johor. Daerah Batu Pahat dan Muar memang terkenal dengan pokok kopi satu ketika dulu. Cuma kini, pokok kopi semakin berkurangan kerana orang kampung telah menukarkan tanaman kopi kepada kelapa sawit.

Tetapi, di daerah Batu Pahat dan Muar cukup mengenali kopi keluaran bumiputera ini. Mungkin silapnya pengusaha kopi tersebut tidak mampu untuk mengusahakan secara besar-besaran. Tapi Saiful anak muda ini telah mengambil iniasitif untuk mempromosikan kopi berkenaan dengan nama KOPI POI.

Memang aku tahu kopi berkenaan bukanlah kopi campuran. Tapi kopi sebenar keluaran orang kampung. Rasa dan aromanya cukup MENGGIURKAN. Ada kalanya kopi tersebut masih panas kerana baru digoreng.Kemudian terus dikisar. Harga sekilogram baru RM25.00 sahaja.

Tahniah kepada 2 orang anak buah aku. Kepada pembaca yang berminat boleh hubungi aku untuk dapatkan kopi tersebut. Sama ada email atau terus menelefon di talian yang sama.
SYABAS ANAK MUDA!

1 comment(s):

Tanpa Nama berkata...

aku kenal sgt ngan poi ngan azmi nie. aku doakan la diaorg berjaya. moga hubungan persaudaraan kita terus kekal. semoga terus berjaya.

Catat Ulasan