Lama betul aku tak mencatat dalam blog ini.Hampir 2 bulan. Bukan tak sudi berkongsi pendapat dengan rakan pembaca yang lain tapi kerana kekangan waktu dan tugas hakiki yang perlu aku lunaskan terlebih dahulu.
Sekarang kambing ku telah pun bertambah 2 ekor lagi. Beranak. ada 10 ibu yang masih menanti untuk melahirkan anak lagi mungkin minggu depan atau bulan depan. Seronok. memang seronok. Apabila aku pulang ke kampung sesekali, akan melihat perubahan ini. yang dara sudah pun membunting yang kecil sudah pun dewasa. Emmm.... apalagi.
Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Para jantan yang masih berusia 4-5 bulan pun sibuk mengorat para 'gadis' dan dara. Tapi itu adalah lumrah kehidupan kambing. Tapi mereka hanya umpan kepada BADANG ku yang gagah perkasa. cemburu jantan si BADANG tetap ada. hehehe.... biasa ler. Tapi umpan itu mengena. BANDANG telah menunjukkan kejantanannya. Kini 'pak bidan' di kampung menunggu giliran ibu-ibu kambing untuk dimasukkan ke dalam wad-wad bersalin. Aku tahu dalam kepenatan tentu ada kepuasan di hati mereka.
3 comment(s):
salam ternak saudara, semoga kita boleh berkerjasama nanti... sebenarnya kita berjiran.
salam ternak, semoga kita boleh bekerjasama demi memantapkan ekonomi ummah.
Terima kasih kepada Usrah Agro Farm. Isyaallah. Kerjasama yang bakal terjalin akan memberi seribu makna
Catat Ulasan