KUALA LUMPUR, 2 Dis: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia.

Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501 semalam.

“Kalau dari segi banjir, ianya berkaitan pemanasan global. Salah satu dari puncanya adalah pembebasan karbon (dioksida).

“Kalau kita terlalu memikirkan bagaimana menangani fenomena banjir yang besar, tanpa memberikan penyelesaian pada puncanya, saya ingat ianya (kos pengurusannya) akan menjadi mahal,” kata Husam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat mendakwa kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah banjir, jika diukur pada polisi pertanian padi menggunakan bahan kimia.

“Saya lihat Malaysia masih belum serius menangani pemanasan global ini...kalau kita gunakan baja organik menggantikan baja kimia, kita boleh mengurangkan pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi ini.”

“Kita ambil penaman padi umpamanya, saya lihat kerajaan masih menggalakkan penggunakan bahan kimia, yang juga penyumbang pada pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi,” kata Husam.

Di Kelantan, Husam memperkenalkan penanaman padi organik yang tidak menggunakan bahan kimia. Ia dijadikan contoh oleh kerajaan negeri untuk diamalkan di seluruh negeri Kelantan.

dipetik daripada : harakahdaily.net

VERMIKOMPOS TINGKAT KESUBURAN TANAH

Sumber : Jabatan Pertanian



Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman.

--------------------------------------------------------------------------------



VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.

Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Cara membuat vermikompos

a. Bahan-bahan

i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.

ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)

iii. Cacing merah (cacing kompos)

b. Cara membuat

i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.

ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.

iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.

v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.

vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.

Pengutipan hasil

Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.

Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

i. Memperbaiki struktur tanah

ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.

iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.

vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

MUSIM TENGKUJUH

Sambil-sambil membelek blog tiba-tiba aku teringat sekarang kita sedang berada dalam musim tengkujuh. Ingat tu. Musim tengkujuh. Memang ramai yang tak suka musim ini. Tapi ada juga suka dengan musim ini.

Yang paling suka pengantin baru, yang paling tak suka nelayan, penoreh, peniaga air batu, peniaga pasar malam. Tapi peniaga pisang goreng memang minat dengan suasana sebegini. Aku ingat, pernah satu ketika dulu aku menjual pisang goreng. Memang ramai orang membeli pisang goreng... pehh... beratur panjang. walaupun mereka berpayung atau berbaju hujan. Eee... basah kuyup...

Aku sebagai peniaga memang suka.Masa inilah buat duit.Duiiiiit.... Memang betul dengan bidalan orang dulu-dulu. Macam Pisang Goreng Panas...Musim sejuk. pisang goreng panas. Kena pulak kopi O. Pehhhh....

Selain itu yang paling tak suka musim ini adalah kambing. ahhhh.... badang aku tentu mengembek sepanjang hari kerana tak dapat keluar kandang. Tak dapat nak berlari ke sana kemari.. Kepada penternak kambing seperti aku, aku nasihatkan supaya tidak mengeluarkan kambing dari kandang kerana mudah dijangkiti penyakit atau kecacingan.

Tapi kesian tengok badang aku... dia dah tunjukkan kejantanannya sebanyak dua kali pusingan.. tahniah badang. Tapi tak tau ler musim sejuk. Adakah badang aktif untuk itu. kita tunggguuuuuu.

Yahoo.... Cuti panjang



Merdeka... merdeka.... seronoknya bila tiba cuti sekolah.

Esok cuti persekolahan akhir tahun akan bermula. Semua murid tentu gembira menanti detik ini. Tidak perlu pengumuman atau berita tentang cuti itu. Memang telah tercatat di kotak fikiran mereka tentang cuti yang panjang berjela tu. Saat inilah yang mereka nanti-nantikan.
Bagi anak-anak yang akan bercuti saya nasihatkan agar menggunakan masa cuti panjang ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Tambahan pula sekarang musim tengkujuh. Anak-anak dinasihatkan supaya tidak bermain di anak-anak sungai, parit atau longkang. Kuarangkan aktiviti-aktiviti air. Apabila minum, minum air yang masak sahaja. Ingat tu.
Apa kata, masa cuti sekolah ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Inilah peluang untuk anak-anak membantu ibu bapa di rumah. Mungkin masa sekolah dulu anak-anak tiada masa untuk melakukan itu semua kerana sibuk menelaah pelajaran. Kini masa telah tiba. Jom kita tolong mereka pula....

ANAK BUAH
Hemmm... apa khabar anak-anak buah aku di kampung. Tentu mereka seronok cuti panjang ini. Inilah peluang mereka menambah pendapatan. Asingkan baja dengan cacing pun boleh mendatangkan duit. Walaupun tak seberapa tapi cukup untuk disimpan buat persediaan buka sekolah pada penggal baru nanti. Seronok mereka memang tidak terperi. Saat inilah yang mereka nanti-nantikan. Tolong pak lang, pak anjang atau pak cik.. pun dapat duit.Fuh yooo.... duit...duit...duit.
Tulah, kata ada faedahnya juga kalau kita ada projek. Semua mendapat faedah dengan projek ini. Tambahan pula ternakan cacing muar semakin giat dengan promosinya. Memang lumayan. Sekarang nak cerita pun susah, sebab kadang kala baja tak cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah muar sahaja. Tahniah abang-bang ku.

KENANGAN AKU BERSAMA ALLAHYARHAM USTAZ ASRI RABBANI


Gambar kenang-kenangan aku dan pelajar-pelajar bersama-sama ust. Asri sempena sambutan Maulidurasul peringkat sekolah.


Ustaz asri menerima cenderamata daripada pihak sekolah


Ustaz asri memberi ceramah dengan selingan persembahan. Memang menarik dan hebat.

Aku dan rakanku, cikgu radzi menyambut ketibaab ust. asri di perkarangan sekolah kebangsaan subang.Yang baju melayu hijau tu akulah. Hensem tak.....hehehe


Allahyarham ust Asri seorang artis yang tiada tolok bandingnya. suara yang merdu dan semangat juang memberi pendidikan agama kepada khalayak melalui lagu-lagunya, sangat aku kagumi.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA. AL-FATIHAH.

RESIPI AIR KATIRA

Apabila tiba bulan ramadhan, Aku pasti teringat air kathirah atau kathira atau katira. Walaupun ejaannya berbeza, sebutannya tetap serupa.Rasanya memang sedap.Ada pula penjual air ini membuat penambahbaikkan dengan membubuh aiskrim soda. Tapi hati-hati apabila anda berpuasa.

Peliknya air katira hanya ada di negeri johor sahaja selain singapura.Malah akan menjadi rebutan di kalangan penduduk di negeri Johor apabila tibanya bulan puasa.Jika anda pergi ke bazar ramadhan di mana-mana daerah di negeri johor pasti anda akan menjumpai air hijau ini. Jom, kita sama-sama cuba membuat air katira.

AIR KHATIRA


Bahan-bahan

½ cawan khatira
½ cawan biji selasih
10 biji kembang semangkuk
1 tin susu cair
6 – 8 c2 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan awan air masak

Cara untuk Bahan Sirap
1. Campurkan gula, air dan daun pandan dan masak sehingg gula larut. Ketepikan. Boleh juga kita buat sirap gula ini terlebih dahulu.

Cara untuk membuat Air Khatira
1. Untuk Khatira – direndam semalaman dan dibuang segala kotoran dan dibilas beberapa kali dengan air bersih dan dituskan.
2. Untuk Kembang Semangkuk – direndam semalaman, buang biji dan segala kotoran dan kulitnya. Ambil isinya dan bilas dengan air bersih beberapa kali dan ditoskan. Ketepikan
3. Untuk Biji Selasih – direndam didalam air panas sehingga ia kembang dan toskan.
4. Masukkan khatira, isi kembang semangkuk dan biji selasih kedalam jug. Tuangkan susu cair dan sirap gula yang telah disediakan. Masukkan air masak. Dikacau rata.
5. Akhir sekali masukkan beberapa ketulan air batu(jika perlu)

Jika anda ingin buat Air Khatira berwarna hijau, titikkan sedikit pewarna hijau dan boleh anda campurkan isi buah avocado kedalamnya. Untuk Air Khatira Bandung, boleh and gunakan Sirap Rose dan susu cair sama seperti kita buat Air Bandung.

Anda boleh mendapatkan khatira di kedai orang India, ia juga dikenali dengan nama Karaya Gum. Kembang Semangkuk ada dijual di kedai sinseh.


Selamat Mencuba.

Indah di TANJUNG PIAI Pontian JOHOR






16 oGOS 2009 aku telah berlabuh seketika di Tanjung Piai Pontian Johor Darul Takzim. Kedatangan bersama permaisuri dan dua putera dan satu puteri memang menyeronokkan. Bagi insan yang benar-benar pencinta alam semula jadi, Tanjung piai adalah tempatnya. Kerana pokok kayu bakau yang paling banyak di temui di sekitar Johor barat boleh di dapati di Tanjung Piai. Lihatlah sendiri. Hanya beberapa gambar yang dapat aku kongsi bersama dengan pembaca.

Ramadhan

MASJID AN NUR KAMPUNG MELAYU SUBANG, SHAH ALAM


YA RAMADHAN. KEDATANGANMU KU NANTIKAN..............

NISFU SYAABAN

Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii)

kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii)

ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

BAJA CACING DI DALAM PENANAMAN FERTIGASI

Tengah hari tadi aku berbual-bual dengan kawan-kawan penanam cili. Beliau memang hebat dari segi minat dan semangat dan telah pun menceburi bidang ini sejak dua tahun yang lalu. Pendapatannya memang lumayan jika kena masanya. maksudnya masa tuaian cili kena pada harga cili tengah melambung Memang kayo lah Pakcik. Jadi aku pun terpegun mendengar cerita beliau.

Sekarang cilinya tengah mengeluarkan hasil. Tapi sedang asyik bersembang maka aku keluarkan cara-cara penyuburan tanah cara semulajadi. Tidak lain dan tidak bukan tentulah baja kompos cacing. Tapi peliknya dia langsung tidak terkejut dengan penerangan aku. Akan tetapi dia menjelaskan pada musim kali ini pokok cili yang ditanam dengan menggunakan kaedah fertigasi telah ditukar tekniknya. Katanya kalau 5000 pokok, bayangkan berapa kampit baja yang perlu di beli untuk membesarkan pokok cili hingga mengeluarkan hasil. Maka berapa pula ongkosnya yang perlu disediakan hingga 4 bulan atau sementara menanti pulangan hasil.

Katanya, harga bagi baja A dan B yang biasanya sekitar RM100-RM150 sekampit kini telah meningkat kepada hampir RM200.00. Bayangkan untuk 1 jenis baja sahaja.Oleh sebab itu, kini beliau telah menukarkan teknik tersebut kepada penggunaan baja kompos tetapi tanpa meninggalkan penggunaan baja kimia (A dan B), katanya kesan hasil penanaman jauh lebih baik daripada baja fertigasi semata-mata.

Kini, tidak pelik baja kompos terbukti lebih baik daripada baja kimia.
Nah, apa tunggu lagi kepada para petani. DAPATKAN DI PASARAN.
PASTINYA BAJA IMANTANI

BAJA ORGANIK imantani


Sesiapa yang berminat atau ingin mencuba baja organik IMANTANI yang berasaskan cacing dan tinja kambing serta bahan organik boleh hubungi kami di talian 0193317371 ATAU e-mail di jazid_iman@hotmail.com

Baja organik IMANTANI di pasar malam

Sesiapa yang berminat atau ingin mencuba baja organik IMANTANI yang berasaskan cacing dan tinja kambing serta bahan organik lain, sedang dalam promosi dan berada dipasaran pasar malam di sekitar 4 daerah di utara Johor iaitu MUAR, TANGKAK(LEDANG), SEGAMAT DAN BATU PAHAT. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baja ini boleh di dapati di beberapa pasar malam tertentu di sekitar daerah berkenaan.

Anda boleh melihatkan sendiri beberapa contoh pokok yang menggunakan baja IMANTANI. bukan suatu keajaiban tetapi sesuatu kenyataan.
Setelah mencuba pasti anda hendak lagi.

IMANTANI


Baja IMANTANI kini dipasaran. Baja 100% daripada bahan organik. Sesuai untuk semua jenis tanaman.

Picasa Web Albums - jazid - TERNAKAN CACING MUAR

Picasa Web Albums - jazid - TERNAKAN CACING MUAR

Kambing beranak lagi

Lama betul aku tak mencatat dalam blog ini.Hampir 2 bulan. Bukan tak sudi berkongsi pendapat dengan rakan pembaca yang lain tapi kerana kekangan waktu dan tugas hakiki yang perlu aku lunaskan terlebih dahulu.
Sekarang kambing ku telah pun bertambah 2 ekor lagi. Beranak. ada 10 ibu yang masih menanti untuk melahirkan anak lagi mungkin minggu depan atau bulan depan. Seronok. memang seronok. Apabila aku pulang ke kampung sesekali, akan melihat perubahan ini. yang dara sudah pun membunting yang kecil sudah pun dewasa. Emmm.... apalagi.
Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Para jantan yang masih berusia 4-5 bulan pun sibuk mengorat para 'gadis' dan dara. Tapi itu adalah lumrah kehidupan kambing. Tapi mereka hanya umpan kepada BADANG ku yang gagah perkasa. cemburu jantan si BADANG tetap ada. hehehe.... biasa ler. Tapi umpan itu mengena. BANDANG telah menunjukkan kejantanannya. Kini 'pak bidan' di kampung menunggu giliran ibu-ibu kambing untuk dimasukkan ke dalam wad-wad bersalin. Aku tahu dalam kepenatan tentu ada kepuasan di hati mereka.

KOPI "POI" KELUARAN KOPI BUMIPUTERA

Kali ini aku nak menulis tentang lain dari kisah cacing. Beberapa minggu lalu aku diziarahi oleh anak-anak saudara aku. Biasa ler.. orang tua. masa sekarang sering dilawati oleh anak-anak buah. Saiful dan azmi adalah anak kepada abang ku yang ke empat.Masing-masing dah besar panjang,dan telah mempunyai seorang anak.

Kami bercerita panjang tentang kehidupan seharian. Makin hari makin tertekan dengan bebanan kerja yang bertambah. Tambahan pula keadaan ekonomi yang gawat ketika ini. Lebih banyak cerita yang tertumpu kepada keadaan ekonomi poket masing-masing. Walaupun gaji mereka mencecah RM2500.00 sebulan namun dengan hidup di kota metropolitan memang sering kekeringan pada hujung bulan.

Tapi syukur kata mereka. Isteri mereka memahami keadaan tersebut dan sering membantu perbelanjaan di dapur. Mungkin itu yang meringankan beban mereka. Aku faham keadaan mereka. Memang sukar untuk diterjemahkan dalam perkataan.

Yang aku hormati pendirian mereka, mereka tidak pernah mengalah dengan kepayahan itu kerana mereka telah lalui semua semasa hidup membujang dulu. Tegas dan cekal aku nampak pendirian itu.

Untuk mencari wang tambahan, kini mereka dua bersaudara telah menjadi pengedar kopi keluaran bumiputera dari Batu Pahat Johor. Daerah Batu Pahat dan Muar memang terkenal dengan pokok kopi satu ketika dulu. Cuma kini, pokok kopi semakin berkurangan kerana orang kampung telah menukarkan tanaman kopi kepada kelapa sawit.

Tetapi, di daerah Batu Pahat dan Muar cukup mengenali kopi keluaran bumiputera ini. Mungkin silapnya pengusaha kopi tersebut tidak mampu untuk mengusahakan secara besar-besaran. Tapi Saiful anak muda ini telah mengambil iniasitif untuk mempromosikan kopi berkenaan dengan nama KOPI POI.

Memang aku tahu kopi berkenaan bukanlah kopi campuran. Tapi kopi sebenar keluaran orang kampung. Rasa dan aromanya cukup MENGGIURKAN. Ada kalanya kopi tersebut masih panas kerana baru digoreng.Kemudian terus dikisar. Harga sekilogram baru RM25.00 sahaja.

Tahniah kepada 2 orang anak buah aku. Kepada pembaca yang berminat boleh hubungi aku untuk dapatkan kopi tersebut. Sama ada email atau terus menelefon di talian yang sama.
SYABAS ANAK MUDA!

CACING TANAH DAN PERANANNYA KEPADA PETANI

Cacing merupakan kumpulan invertebrata yang bertubuh lembut, licin dan panjang namun tidak mempunyai tulang. Cacing tersebar hampir di seluruh dunia. meskipun sebahagian besar cacing hidup sebagai parasit dalam tubuh organisma lain, namun beberapa kumpulan cacing seperti cacing tanah(jenis Pheretima), cacing palolo(eunice viridis) dan beberapa jenis cacing yang lain berguna sebagai penyubur tanah, bahan makanan sumber protein, dan ubat.

Selain itu cacing tanah yang berbentuk silinder atau bulat panjang memudahkannya untuk masuk ke dalam tanah. Sifat cacing tanah yang menyuburkan tanah secara menelan tanah bersama-sama bahan organik di dalamnya dan menggemburkan tanah serta mencampurkan baja dengan ruangan udara di dalam tanah.

Telah dianggarkan bahawa lebih 40 000 ekor cacing tanah boleh didapati di dalam sebidang tanah seluas 1 ekar dan setebal 2.5 cm boleh dibawa oleh cacing tersebut dari bawah tanah ke permukaan tanah yang hanya mengambil masa 4 tahun setengah.

Begitu pun bahan buangan ini terdiri daripada campuran bahan organik yang menjadi nutrien yang berkualiti tinggi bagi tumbuhan. Tambahan pula terowong ciptaan cacing tanah di dalam bumi ialah suatu sistem pengudaraan untuk tumbuhan dan lain-lain makhluk yang hidup di permukaan bumi ini.

Maka ada persamaan teori orang tua-tua dahulu bahawa jika ada cacing di tanah perkebunan kita maka tanah berkenaan sangat sesuai untuk bercucuk tanam. Cacing tanah sangat besar peranannya dalam bidang pertanian sejak dahulu. selian dari tugas menggemburkan tanah, ia juga berfungsi menghasilkan baja organik tulen yang mempu memberikan kesuburan tanah secara semulajadi.

Allah berfirman dengan maksudnya,
".......binatang melata yang bertaburan (di muka bumi.)"
(Q45:4)

Maka, antara haiwan yang "melata" ini termasuklah cacing tanah. Kita tahu cacing tanah sangat penting kepada bumi. Allah ciptakan cacing tersebut untuk menyuburkan tanah kerana menelan tanah dan bahan organik yang tereput di dalamnya menjadikan makanan cacing tanah berkenaan. Lalu melonggokkan najisnya di permukaan tanah untuk dijadikan sebagai baja.

Selain itu, seorang saintis ekologi Inggeris Charles Darwin, yang mencatatkan dalam bukunya The Formation of Vegetables Mould Through the Action of Worms(1881), Katanya,

"The plough is one of the most ancient and most valueble of man's invention,
but long before the land was, in fact, regularly plowed by earthworms."

Hanya di negara kita yang masih takut-takut untuk menggunakan baja cacing tanah yang terbukti sejak dulu akan peri pentingnya baja cacing tanah untuk memberikan kesuburan tanah dan tumbuhan di atasnya. Istimewanya baja cacing tanah atau vermikompos bukan sahaja menyuburkan pokok tetapi juga mengekalkan kesuburan tanah dengan cara semula jadi.

Petani yang begitu yakin akan penggunaan baja kimia hanya akan memberikan sumbangan yang besar untuk merosakkan tanah dalam jangka masa panjang ditambah menguncupkan ekonomi petani kerana harga yang semakin hari semakin meningkat. Selain itu, baja kimia telah terbukti akan memberikan kesan sampingan kepada pengguna dari segi kesihatan.

Nah, Apa lagi yang masih ditunggu oleh petani-petani negara kita yang masih berada di takuk lama dan tidak mahu beralih kepada baja vermikompos atau baja cacing. Berubahlah dari sekarang. Para penternak cacing diucapkan syabas dan tahniah...
LAWAN TETAP LAWAN


Sumber ; i. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam Al Quran
ii. Ensiklopedia Pendidikan Sains untuk Pelajar

Mesin penghancur baru ku beli

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya sudah lama aku tidak membuat catatan di dalam blog ini. Hampir 1 bulan.Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman dan idea untuk kita teruskan dalam bidang penternakan cacing yang semakin mencabar dan terus tercabar.
aku baru sahaja membeli mesin penghancur tahi kambing pada harga RM1200.00. tawar punya tawar dapatlah RM1050.00. pulak tu penghantaran percuma. Kalau tidak kena lagi aku RM30.00 untuk kos penghantaran. Tapi dengan adanya mesin hasilnya memang berbaloi. 1 hari kerja tahi kambing yang telah dikeringkan boleh diproses sehingga 60kg hingga 70 kg.
Jika dibandingkan dulu, aku cuma menggunakan cara manual. Kami lenyek pakai batu bata. Sengal sendi-sendi tangan. Tapi tak apa. Pengalaman baru yang kami rasa. Kalau nak beli makanan cacing yang telah diproses harganya memang tinggi. Antara RM1.00 - RM1.50. aku kira aku beli mesin memang berbaloi.
Pulak tu tahi kambing memang dah ada kat belakang rumah. Dekat jer dengan bangsal cacing aku. Tinggal nak dikaut saja. Kalau sesiapa yang dah pergi, belakang rumah pusaka peninggalan arwah kedua ibu bapa kami memang telah berubah wajah. kalau dulu semak. Tapi sekarang dah berubah cuma rumput ada tinggi sikit sebab nak bagi kambing ragut tiap-tiap petang.
Kami mulakan ternak cacing dengan 4kg jer. Tapi sekarang dah jadi 14kg. Mungkin bertambah lagi dalam masa 2/3 minggu ini. Manakala baja vermikompos pula kini terkumpul melebih 300kg. Aku rasa seronok. Abang-abang aku lagi seronok. Sebab tidak lama lagi mereka akan memperoleh hasil. Pelawat jangan cerita ler, memang ramai. Yang rasmi dan yang tak rasmi pun ada. Ada yang pelik, kenapa cacing pun nak diternak. Mereka tak tahu cacing boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. WOW!
Bukan aku nak puji, Abang-abang aku memang komited dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan. Mereka tak jemu-jemu bermain dengan cacing dan tahi kambing. Tapi apa yang nak di gelikan..Semua itu adalah DUIT....Aku hanya tumpang berbangga. Sebab ini adalah projek adik beradik.

Lain kali aku nak carita tentang hidup berpasangan.Lelaki pasangan perempuan, laut pasangannya daratan, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya adalah bulan. Apakah pasangan bagi CACING...? Indahnya ciptaan yang Maha Esa........

dicatat pada 12.20 am